Tuesday, March 11, 2008

Just Change It

Harga petrol di Malaysia sepanjang zaman...(dalam masa 16 tahun - sejak 1990 )

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01 )
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10 )
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
28/03/2007 - RM 2.25 (kenaikan RM 0.33)


Perhatian : (Ayat - ayat ' Standard ')

1. Kenaikkan minyak sehingga sekarang masih rendah lagi, kalau dibandingkan dengan mana-mana satu pun negara Asia yang lain.

2. Kerajaan Malaysia memastikan kenaikkan harga petrol tidak akan membebankan .

3. Kerajaan Malaysia tidak mampu menampung lagi subsidi harga petrol disebabkan kenaikkan harga pasaran global. (Tetapi cuma mampu membayar kos untuk DR. SMS melawat angkasa lepas dengan menumpang roket negara Russia )

4. Kerajaan Malaysia memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN 2007. (Sehingga sebelum pilihanraya yang akan berlangsung pada tahun depan 2008)

Saudara / Saudari,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita iaitu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS, menyebabkan MAS mengalami kerugian sebanyak RM900 juta untuk sembilan bulan yang pertama pada tahun 2005.

Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol.

Jadi? Tidak kita hairan jugalah jika MAS menanggung kerugian sebanyak itu...

Menteri Besar Terengganu iaitu Idris Jusoh telah mengadakan majlis Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup, yang juga telah menelan wang rakyat sebanyak RM300 juta.

Wang ini dibayar kepada seorang peniaga yang bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin, iaitu menantu Perdana Menteri. Majlis Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup yang tidak sampai 5 hari telah menghabiskan RM300 juta wang seluruh rakyat Malaysia, yang terutamanya golongan berbangsa Cina yang telah banyak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan...

Sudah tentu wang RM300 juta itu ditelan oleh 'orang bertuah' yang dapat kontrak RM300 juta itu.

Untuk memulihkan kehilangan wang sebesar itu yang telah ditelan oleh 'orang bertuah' tersebut, sekarang subsidi petrol dipotong, dan harga petrol dinaikkan RM0.30 per satu liter, dan dijangka akan dinaikkan RM0.30 lagi pada tahun depan selepas akhirnya pilihanraya iaitu pada tahun 2008.

Telekom Malaysia pula merugikan lebih RM700 juta sebab terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat komunikasi German iaitu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 juta cuma sebab syarikat Telekom Malaysia 'tidak tahu' membuat kontrak untuk polisi perniagaan yang mematuhi sistem.

Disebabkan berbagai-bagai 'kesilapan' yang telah dilakukan oleh ketua-ketua yang 'kurang pandai' Kerajaan Malaysia , kerajaan kita potong lagi subsidi petrol demi memulihkan kerugian wang negara.

Sekarang, pada hakikatnya, kos sememangnya lebih murah lagi kalau naik kapal terbang Air Asia pergi-balik di antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Tambang pergi-balik Air Asia di antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu tidak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Sebab syarikat Air Asia diuruskan oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu berniaga tanpa menyusahkan penggunanya.

Sekarang, dengan harga petrol yang telah naik, kos untuk petrol sahaja hendak pergi dan balik di antara Kuala Lumpur dan Alor Setar mampu mencecah RM220 (untuk kereta Proton Waja). Cagaran tol pula melebihi RM160, tambah pula perbelanjaan makan dan minum (nasi campur dengan teh kosong) bagi sekeluarga 6 orang, lagi RM40, ini bermaksud kos perjalanan dengan kereta yang menggunakan petrol dan kena cagaran tol, tambah dengan makanan untuk pergi balik di antara Kuala Lumpur dan Alor Setar sekurang-kurangnya RM400 atau lebih.

Negara-negara lain bukan macam negara kita.

Misalnya, walaupun harga petrol di Thailand lebih tinggi daripada Malaysia, di sana, pengguna lebuhraya mereka tidak perlu membayar cagaran tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jaraknya melebihi 1,100 batu (bukan kilometer) dengan lebuhraya 6-Lorong (bukan 4-Lorong macam Lebuhraya-Utara-Selatan kita) tanpa sebarang plaza tol dibina disepanjang atas lebuhraya mereka.

Di Thailand , tiada rasuah AP. Harga kereta import Honda Civic 1.5cc di Thailand tidak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta keluaran Perodua, iaitu Kelisa 1.0cc di Malaysia. Inilah kebaikannya untuk rakyat di sana , sebab tiada rasuah AP di sana ...

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu dibayar kepada Kerajaan (MITI) tidak sampai RM250 sahaja. Tetapi AP boleh dijual sehingga RM40,000 sekeping kepada 'Dato-Dato' yang kaya, yang dikenali sebagai 'AP King'. Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih daripada 30 tahun, sejak mulanya Kerajaan Malaysia mula mengimport model kenderaan negara-negara asing untuk pasaran otomobil negara kita.

Akhir kata, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibat 'tradisi rasuah AP' ini.

'AP King' pula hidup mewah dan bergaya sedangkan ada banyak keluarga berbagai bangsa yang hidup merana dan tidak mampu memiliki kemudahan kenderaan sendiri sebab harga yang terlalu tinggi.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5cc yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik sehingga RM110,000 di Malaysia . Banyak rakyat Malaysia telah rugi besar.

Kerajaan yang telah mengalami kerugian berlebihan disebabkan pelbagai lubang-lubang rasuah telah ditebuk dalam sistem pentadbirannya, maka potonglah subsidi petrol dan menaikkan harga petrol RM0.30 per satu liter untuk memulihkan keadaan.

Malaysia Boleh!!!! Memangggggg Bolehhh!!!!
Sebab Kerajaan Malaysia nak buat apa pun boleh!!!!

*Sila hantarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda, dan juga tolong cetakkan dan kongsikan maklumat ini dalam bentuk 'hard copy' sekiranya boleh, kerana cuma 5% rakyat Malaysia yang tahu menggunakan komputer secara bermanfaat, manakala yang 95% lagi tidak tahu, ada banyak lagi juga yang tahu, tetapi cuma tahu menggunakan komputer untuk tujuan bahan lucah sahaja dan tidak menghiraukan maklumat seperti ini, mereka juga memerlukan maklumat seperti ini sebagai langkah pertama untuk mengubah sistem negara yang telah kian lama 'tercemar'.

Cukuplah, selepas 50 tahun kemerdekaan negara kita, kita masih lagi berada di dalam tangan pemimpin yang berdosa banyak membohong, asyik mementingkan diri, dan tidak berpandangan jauh.

HAPUSKAN PENTADBIRAN ASAS RASUAH!!!

Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?

Orang lain hutang, kita sebagai rakyat pula yang kena bayar.

Yang penting sekali, bukan setakat membayar sahaja, manakala hendak bayar sampai bila??

Adakah ini akan berhenti jika kita tidak membuat sesuatu bersama-sama???

On top of all that...still want to send 2 Clowns to moon.

ROKET ITU BUKAN BUATAN NEGARA KITA .....'DIA' CUMA TUMPANG NAIK SAHAJA.

Untuk apa ya????
Eksperimen membancuh teh tarik secara terapung ke????
HA HA....
Better use all the money to spend on something else to help the poor, improve the traffic system, subsidize the petrol price, and clear all the debts that the government is owing to other countries...what another stupid act by the government!!!! Please stop fooling around with our money!!!

JOM UBAH ! Just Change It !!!!!!! Vote wisely !!

No comments: